500 pelajar tahfiz di Perlis akan didedah dengan program TVET
Iklan
ARAU - Sejumlah 500 pelajar tahfiz dari 23 sekolah bakal didedahkan dengan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai kemahiran tambahan.
Pengerusi Pertubuhan Penggerak Huffaz Berkemahiran Selangor (Penggerak Huffaz), Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata, inisiatif bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA Perlis) itu dijangka memberi manfaat kepada pelajar yang sedang mengikuti program tahfiz di negeri tersebut.