Masalah air: Kelantan dijangka peroleh RM1.7 bilion dari pusat
Iklan
Mohd Amar
GUA MUSANG - Kerajaan Kelantan dijangka memperoleh dana RM1.7 bilion daripada kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi negeri itu sejak berpuluh tahun lalu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah memohon peruntukan RM8 bilion daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, kata Mohd Amar, permohonan peruntukan RM8 bilion itu perlu diperhalusi dan kerajaan Persekutuan bersetuju sebanyak RM1.7 bilion diberikan pada peringkat awal.
Menurut beliau, hasil daripada pertemuan dengan Perdana Menteri juga, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan melibat Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan kerajaan negeri Kelantan.
Iklan
"Hasil daripada pertemuan dengan Perdana Menteri, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan daripada MoF dan kerajaan negeri Kelantan dan alhamdulillah, dua hari lepas jawatankuasa ini sudah bermesyuarat.
Mohd Amar berkata demikian pada Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2, di sini pada Khamis.
Iklan
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, permohonan RM8 bilion oleh Kelantan bagi menyelesaikan isu air di negeri itu ditolak kerana kerajaan Persekutuan perlu meneliti secara tepat keperluannya.
Bahkan, kata Anwar, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan itu dibenarkan.
Menurut Anwar, masalah air perlu mempunyai langkah awal dan kerajaan sedia memperuntukkan dana untuk projek jangka sederhana dan panjang itu. - Awani
ARTIKEL BERKAITAN: Isu air: Permintaan Kelantan melebihi keperluan - Nik Nazmi
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>