Lima termasuk anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala

Iklan
Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand. - Gambar hiasan

YALA - Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand.

Pemangku Ketua Polis Kota Baru, Leftenan Kolenel Pol Pornchai Chusong berkata, dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi (waktu tempatan) pada Khamis, empat anggota polis yang menaiki sebuah pikap melakukan rondaan berdekatan dengan sebuah sekolah.

Iklan
Iklan

"Sebutir bom buatan sendiri seberat 10 hingga 15 kilogram dipasang pada tong gas dan ditanam di tepi jalan meletup ketika pikap melalui tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati letupan itu didalangi kumpulan militan yang aktif di Yala.

Iklan

"Polis sedang mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu,” katanya. - Bernama

Iklan