Permohonan sebagai pemerhati dibuka bermula hari ini - SPR

Iklan

PUTRAJAYA - Permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke15), dibuka bermula hari ini sehingga 7 Julai depan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRU DUN Ke15 akan melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Iklan
Iklan

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan pada Khamis berkata, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, pengundian awal, pengundian, pengiraan undi dan penjumlahan

Iklan

"Pemohon perlu melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan,” katanya.

Pada PRU15, enam negeri melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.

Iklan

Namun menurut laporan media sebelum ini, pemimpin keenam-enam negeri mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai untuk berbuat demikian ialah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak.

Setakat ini, Pulau Pinang bercadang membubarkan DUN pada 28 Jun, Kelantan pada 22 Jun manakala Negeri Sembilan pula dijangka 30 Jun ini. - Bernama