Trump mengaku tidak bersalah ke atas 37 pertuduhan

Iklan
Trump - Foto EPA

MIAMI - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah di Mahkamah Miami atas 37 pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan.

Trump didakwa menyimpan maklumat sulit dan penting kerajaan serta enggan mengembalikannya kepada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Trump turut menyifatkan bahawa tuduhan itu bermotifkan politik bagi menjejaskan reputasi beliau.

Dalam pada itu, dua peguam utamanya mengumumkan peletakan jawatan mereka selepas pendakwaan berlangsung.

Iklan

Jika sabit kesalahan, Trump bakal menghadapi 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan serta 20 tahun penjara kerana menyembunyikan bukti dan menghalang keadilan oleh mahkamah dan pihak berkuasa.

Ini bukan kali pertama Trump didakwa.

Iklan

April lalu, calon Presiden Pilihan Raya 2024 itu turut didakwa di Mahkamah New York dengan jenayah berkaitan memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan pembayaran yang dibuat kepada seorang bintang filem porno semasa kempen Pilihan Raya 2016.

Trump juga turut dituduh di Mahkamah Georgia yang mendakwa beliau cuba untuk membatalkan kemenangan Presiden Joe Biden pada tahun 2020 di negeri tersebut. - Awani