103 maut bot karam di Nigeria

Iklan
Sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh manakala kira-kira 100 yang lain diselamatkan selepas sebuah bot karam pada Isnin di negeri Kwara, Abuja di Nigeria. - Foto Agensi

ABUJA - Sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh manakala kira-kira 100 yang lain diselamatkan selepas sebuah bot karam pada Isnin di negeri Kwara, Abuja di Nigeria.

Kemalangan pada Isnin pagi itu berlaku di sungai di kawasan kerajaan tempatan Patigi di negeri itu, kata jurucakap polis Kwara, Ajayi Okasanmi.

Iklan
Iklan

"Saya boleh mengesahkan bahawa lebih 200 orang terlibat dalam kejadian menyedihkan itu. Kami akan terus bekerjasama dengan penyelamat dan agensi kerajaan lain untuk menyelamatkan mangsa yang masih ada dan mengeluarkan mangsa yang terkorban," kata pegawai polis itu.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Gabenor Kwara Abdulrahman Abdulrazaq berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan.

Iklan

Nahas bot di negara Afrika Barat itu sering dilaporkan berlaku disebabkan oleh muatan berlebihan, cuaca buruk dan cara pengendalian yang tidak sempurna. - Bernama- Xinhua

Iklan