Stesen bas lama Kampar akan dipulihara

Iklan
Mohd Azlan (tengah) ketika melawat stesen bas lama Kampar di sini pada Selasa.

KAMPAR - Bangunan stesen bas lama di Pekan Kampar yang tidak lagi beroperasi akan dipulihara untuk dijadikan tarikan pelancongan.

Iklan
Iklan

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, sejak ditutup pada tahun 2018, bangunan tersebut terbiar dan tidak lagi digunakan.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, bangunan tersebut berpotensi untuk dijadikan lokasi kunjungan pelancong di Daerah Kampar.

Iklan

"Jadi, saya akan berbincang bersama-sama wakil rakyat tempatan untuk kita bersama-sama bangunkan kembali tempat ini memandangkan struktur bangunan juga masih kukuh," katanya kepada pemberita selepas melawat bangunan stesen bas lama Kampar pada Selasa.

Mohd Azlan berkata, penutupan stesen bas berkenaan dibuat kerana kawasan tidak sesuai dengan pembangunan pesat di situ selain pembukaan stesen bas baharu.

Iklan

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah itu, beberapa cadangan diterima untuk dilaksanakan di bangunan tersebut sebagai salah satu usaha pemuliharaannya.

Jelasnya, antara yang dicadangkan ialah membuka restoran berkonsep 'hipster' selain kedai gunting rambut untuk menarik kehadiran orang ramai terutama golongan muda.

Bagaimanapun, katanya sebarang keputusan mengenai cadangan itu akan tertakluk kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri namun ia amat menarik untuk dilaksanakan.