Wanita mati 'bangkit semula' ketuk keranda

Iklan
Insiden itu turut mendapat liputan meluas media tempatan. - Foto Agensi

QUITO - Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.

Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas 'kembali bernyawa' dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki.

Iklan
Iklan

Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat.

"Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami," katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif.

Iklan

Sebelum 'kematiannya', Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti.

Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. - AFP

Iklan