PASANGAN beregu wanita badminton nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa, juara Terbuka Perancis 2022 itu menarik diri daripada acara Super 1000 tersebut, disebabkan kecederaan yang dialami Pearly di Terbuka Singapura, minggu lepas.