Impak besar Annuar Musa, Eizlan Yusof

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Penyertaan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa dan pelakon Eizlan Yusof boleh meningkatkan sokongan pengundi Pas.

Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya belum membincangkan peluang dua individu berkenaan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, impak besar berlaku berikutan dua individu itu menyertai Pas dan kemungkinan ramai lagi ahli daripada parti lain yang akan mengikut jejak langkah mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan 2022 Kali ke-13 di sini pada Isnin.

Iklan

Seramai 326 pelajar dari 10 maahad tahfiz menerima sijil pada majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Hadir sama, Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Engku Rajhan Engku Ismail.

Iklan

Mohd Amar turut berharap sokongan lebih ramai dalam kalangan ahli dan penyokong parti lain menjelang PRN.

Ketika ditanya mengenai 'serangan' parti lawan menjelang PRN, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, serangan itu bertujuan menghalang pengundi di luar Kelantan menyokong PN.

"Biasalah nak berperang, dia serang kita, lepas ni kita serang lagi... kita ambil sikap tunggu dan lihat... kita belum keluarkan peluru kita.

"Pengundi Kelantan sudah membuktikan mereka menerima kita selama 33 tahun," katanya.