'Tiada yang tertinggal di Selangor' - MB
Iklan
Amirudin
Iklan
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menambah peruntukan sebanyak RM1 juta agar lebih ramai pekerja p-panggilan di negeri ini mendapat manfaat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan tambahan tersebut diberikan kepada lebih 2,000 pemohon yang masih belum menerima inisiatif bantuan berkenaan.
Iklan
"Seperti yang saya selalu sebut dalam ucapan saya, di Selangor, 'no one will be left behind'," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM2 juta bagi melayakkan lebih 3,000 pekerja p-panggilan menerima sumbangan RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.
Iklan
Kerajaan negeri bagaimanapun menambah peruntukan sebanyak RM1 juta agar lebih ramai pekerja p-panggilan di negeri ini mendapat manfaat menerusi inisiatif tersebut.
Menteri Besar menambah, bukan itu sahaja, pekerja p-hailing turut menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan perlindungan insurans di bawah Skim Insurans Am Selangor (Insan) di bawah inisiatif RiDE.
RiDE diwujudkan pada 2020 selepas kerajaan negeri melihat keperluan melindungi pekerja p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.
Media sebelum ini melaporkan sejak RiDE diperkenalkan hingga tahun lalu, 6,500 mendapat manfaat dengan hampir 15,000 pekerja p-panggilan di negeri ini memohon inisiatif terbabit.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi