Khairy nafi terlibat skim pelaburan saham

Iklan
Khairy nafi terbabit dengan mana-mana syarikat mempromosikan skim pelaburan saham.

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pembabitan dalam mana-mana skim pelaburan saham.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak berkaitan pelaburan saham.

Iklan
Iklan

"Pihak saya tidak pernah berhubung atau berurusan dengan sebarang syarikat pelaburan saham," katanya menerusi Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gambarnya yang digunakan dalam sebuah iklan pelaburan saham yang tular di media sosial.

Iklan

Menurut, Khairy, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat berhubung iklan palsu berkenaan.

Iklan