Obses drama Korea, Hanez Suraya lancar produk Cake Pop

Iklan

PELAKON Hanez Suraya mengakui kini sibuk menguruskan rumah tangga dan keluarga, apatah lagi kini sedang hamil anak kedua yang dijangka lahir pada awal Julai depan.

Hanez yang ditemui pada majlis baby shower dan pelancaran produk liptint, Cake Pop di Hotel Grand Millennium pada Rabu juga turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Iklan
Iklan

Berkongsi tentang kehamilan keduanya, kata Hanez atau nama lengkapnya, Hanez Suraya Abd Aziz, 34, dia kini begitu obses menonton drama-drama dan program hiburan dari Korea.

Malah menurut Hanez lagi, pernah satu ketika dia berusaha memujuk suaminya untuk bercuti ke negara tersebut.

Iklan

"Tak tahulah kenapa, semenjak hamil anak kedua ni, memang obses betul dengan Kpop ni. Dulu minat biasa-biasa sahaja, tapi sekarang ni lain macam pula dia punya obses.

"Tak cukup tengok drama Korea, siap pujuk suami ajak pergi bercuti ke sana pula,” akui Hanez.

Iklan

Dalam pada itu, Hanez juga mengakui mendapat idea untuk mengeluarkan produk liptint, Cake Pop kerana terpengaruh dengan gaya solekan pelakon serta selebriti Korea yang sentiasa kelihatan natural fresh.

"Daripada situlah timbul idea untuk saya hasilkan produk liptint yang diberi nama Cake Pop. Produk ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Watermelon, Strawberry dan Orange.

"Buat masa ini Cake Pop hanya boleh didapati menerusi jualan atas talian di Instagram @cahepop.hq,” kata Hanez kepada Sinar Harian.

Hanez berehat seketika daripada dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin pada 14 Mei 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya, 4.