Polis tumpaskan geng pecah rumah

Iklan
Empat motosikal yang dirampas susulan penahanan tujuh suspek kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini. Gambar kecil: Mohamad Farouk

AMPANG - Polis menumpaskan jenayah pecah rumah dengan tertangkapnya tujuh individu di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan dilakukan dalam tempoh dua hari bermula kira-kira jam 3 petang, Jumaat lalu oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sekitar Gombak, Sentul dan Wangsa Maju.

Iklan
Iklan

Katanya, tangkapan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia 22 hingga 32 tahun.

Antara komponen motosikal yang dirampas.

"Semakan mendapati enam daripada suspek masing-masing memiliki rekod jenayah dan dadah selain disahkan positif dadah hasil ujian saringan kencing.

Iklan

"Modus operandi suspek ialah menyasarkan kawasan perumahan untuk jenayah pecah rumah selain dipercayai turut terlibat dengan kes curi motosikal di sekitar Lembah Klang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sepasang uniform polis turut dirampas.

Katanya, polis turut merampas beberapa barang antaranya komputer riba, telefon bimbit, pemutar skru, sepasang uniform polis serta komponen motosikal.

Iklan

"Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 17 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan," ujarnya.