Perpatih Fest

Iklan
Para pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba permainan tradisional serta bergambar kenangan di replika Istana Ampangan Tinggi semasa mengunjungi acara Perpatih Fest pada cuti hujung minggu bersama keluarga masing-masing di Muzium Negeri Sembilan, hari ini.

Festival bertemakan 'Seadat Tidak Seresam' menampilkan pelbagai aktiviti berkaitan Adat Perpatih dan demonstrasi permainan tradisional, jualan produk dan pameran.