Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ANKARA - Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.

"Satu kejadian letupan berlaku di Kilang Roket dan Bahan Letupan MKE di daerah Elmadag, Ankara.

Iklan
Iklan

"Akibat letupan itu, lima pekerja kami telah maut," menurut kenyataan kementerian itu.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa siasatan berhubung kejadian telah dilancarkan.

Iklan

Fasiliti terbabit dimiliki oleh Turkiye's Machinery and Chemical Industry Corporation (MKE). - Bernama/ Anadolu

Iklan