Penjual bunga maut dirempuh kereta

Iklan
Kejadian berlaku kira kira jam 9 malam ketika mangsa, yang menunggang motosikal, dalam perjalanan ke lokasi tempat niaganya. - Foto Awani

RAWANG - Seorang penjual bunga maut apabila dirempuh beberapa kenderaan di hadapan Pasaraya NSK, Rawang pada Jumaat malam.

Kejadian berlaku kira kira jam 9 malam ketika mangsa, yang menunggang motosikal, dalam perjalanan ke lokasi tempat niaganya.

Iklan
Iklan

Insiden itu turut membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori, motosikal dan dua buah kereta.

Siasatan awal mendapati sebelum mangsa tiba di persimpangan lampu isyarat lalu lintas, motosikal mangsa dirempuh oleh kenderaan dari arah bertentangan.

Iklan

Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan itu menyebabkan laluan utama Rawang mengalami kesesakan selama beberapa jam.

Iklan

Difahamkan pemandu kenderaan jenis Toyota VIOS yang melanggar mangsa melarikan diri dari lokasi kejadian.

Polis masih menunggu saksi kejadian bagi mengenalpasti punca kejadian. - Awani