Di mana status kualiti pendidikan negara?

Iklan
Noor Azlan

SHAH ALAM - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 secara umumnya menunjukkan pencapaian pendidikan negara yang lebih baik dan semakin meningkat.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengesahkan kualiti sistem pendidikan negara adalah setanding dengan pentaksiran antarabangsa.

Iklan
Iklan

Katanya, di peringkat pengajian tinggi, agensi penarafan antarabangsa Quacquarelli Symonds (QS) melaporkan kedudukan universiti-universiti Malaysia semakin meningkat serta bertaraf dunia.

"Saban tahun kita dimaklumkan pendidikan negara lebih baik dan semakin meningkat. Bagaimanapun pada awal tahun 2023 Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan 170,000 murid di akhir sekolah rendah tidak mahir membaca.

Iklan

"Sekitar 5.8 peratus iaitu 1.9 juta rakyat Malaysia tidak pernah bersekolah dan ia sangat merisaukan. Penghujung Mei yang lalu, Malaysia digemparkan dengan laporan Menteri Pendidikan, hampir 50 peratus (180,680 pelajar) lepasan SPM 2021 tidak berminat menyambungkan pengajian mereka," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Jelasnya, penyediaan bakat berkualiti adalah antara perkara terpenting yang perlu dipastikan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Iklan

"Rumusan yang berkecamuk di atas sangat mengelirukan. Di mana sebenarnya status kualiti pendidikan negara kita?

"Kita tidak boleh berterusan begini. Sekejap hebat, membanggakan dan menggembirakan dan sekejap risau, merunsingkan dan menggerunkan.

" Oleh itu, kita harus sepakat di mana kita hari ini. Ke mana hendak kita tuju untuk Membangun Malaysia Madani," katanya.