Jemaah haji B40, M40 dikenal pasti melalui senarai STR
Iklan
KUALA LUMPUR - Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala bagi kumpulan T20 adalah berdasarkan pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan dan bukan pendapatan isi rumah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan jemaah yang terpilih.