Jangan musnahkan UMNO dengan amarah, dendam - Tok Mat

Iklan
Mohamad ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Rabu.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak kepimpinan dan ahli parti untuk memperbaharui semangat setiakawan dengan mengenepikan segala perbezaan yang pernah wujud sebelum ini.

"Jangan musnahkan UMNO dengan amarah dan dendam kesumat kita hanya kerana cita-cita peribadi kita terkandas," katanya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada malam Rabu.

Menurut Mohamad, kemarahan dan dendam tidak membawa parti ke mana, sebaliknya hanya mendatangkan kesan buruk.

Iklan

Malah katanya, segala sindir-menyindir di media juga wajar dihentikan segera.

"Perbuatan ini tidak ubah seperti menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri," ujarnya.

Iklan

Jelasnya, parti sememangnya mempunyai saluran untuk mana-mana ahli atau pemimpin mengkritik dan sebagainya.

"Masalah parti, kita selesaikan dengan cara parti," katanya.