Semua taska di Negeri Sembilan wajib pasang CCTV - Exco
Iklan
Pemasangan CCTV diwajibkan ke atas semua taska di Negeri Sembilan. - Foto 123RF
SEREMBAN - Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) diwajibkan ke atas semua taman asuhan kanak-kanak (taska) di Negeri Sembilan, kata Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.
Beliau berkata, ketetapan itu dikenakan ke atas taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kecuali yang beroperasi di rumah sebagai langkah pencegahan kejadian tidak diingini seperti pengabaian, penderaan dan kes tersedak susu.
Iklan
Iklan
"Arahan ini berkuat kuasa mulai 8 Jun 2015 melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia mengenai pelaksanaan pemasangan CCTV.
"Selaras arahan pekeliling ini, mana-mana taska yang mengemukakan pendaftaran disyaratkan wajib memasang CCTV termasuk di Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Menurutnya, berdasarkan statistik, sehingga Mei lalu terdapat 138 buah taska yang berdaftar di Negeri Sembilan.
Ujarnya, mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, pegawai JKM telah dilantik sebagai Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) yang bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipan di bawah Akta 308 iaitu mengadakan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan ke atas taman asuhan kanak-kanak.
Iklan
"PDBK di peringkat negeri dan daerah akan melaksanakan pemantauan sebanyak dua kali setahun di semua taska yang berdaftar.
"Daerah Seremban merekodkan jumlah taska berdaftar paling banyak iaitu (101), diikuti Port Dickson (13), Tampin (11), Jempol (tujuh), Rembau (empat), Jelebu (satu) dan Kuala Pilah (satu)," katanya.
Selain itu katanya, terdapat 54 taska tidak berdaftar di negeri ini iaitu (47) di Seremban, (3) di Jempol dan (2) masing-masing di Kuala Pilah dan Port Dickson.
Jelasnya, antara sebab dan alasan yang sering menjadi faktor kepada ketidakpatuhan untuk mendaftarkan taska ialah masalah di peringkat pengendali dan sokongan di peringkat agensi teknikal.
"Pihak JKM akan membantu dan memberikan khidmat nasihat kepada pihak pengusaha taska dalam urusan pendaftaran taska.
"Pengusaha dan bakal pengusaha boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk sebarang pertanyaan," katanya.
Nicole berkata, bakal pengusaha dinasihatkan untuk berdaftar terlebih dahulu sebelum beroperasi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini mungkin berlaku.
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.