Peminat pesawat kawalan jauh

Iklan
Beberapa peminat pesawat kawalan jauh berumur antara 60 hingga 80 tahun sedang sibuk menyiapkan pesawat mereka untuk diterbangkan ketika ditemui Bernama di Padang Polo berhampiran Hospital Pulau Pinang hari ini.

Menurut salah seorang peminat pesawat itu, Daniel Cheong, 81, berkata aktiviti ini adalah hobinya sejak 35 tahun lepas.

Setiap hari Rabu dan Jumaat beliau dan beberapa rakannya akan meluangkan masa tiga hingga empat jam dengan mengunjungi Padang Polo untuk bermain pesawat kawalan jauh itu.