Pasukan petugas ditubuh siasat duti kastam terkurang kutip
Iklan
Ahmad Maslan - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Satu pasukan petugas dianggotai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan isu mengutip semula duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import di pulau bebas cukai (PBC).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.
Iklan
Iklan
Katanya, penubuhan pasukan petugas itu susulan penemuan berlakunya penipuan oleh pihak pemilik kenderaan yang telah mengemukakan surat akaun sumpah palsu dan kandungan tidak benar.
"Saya ingin maklumkan bahawa hasil pemeriksaan lanjut berdasarkan persampelan audit, disahkan bahawa berlakunya penipuan oleh pemilik kenderaan,” katanya ketika menggulung usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang dibahaskan seramai 13 ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata, pihak JKDM turut menyiasat unsur penyelewengan, status pemastautin dan mengkaji isu pelanggaran syarat pemastautin seperti yang dinyatakan dalam laporan tersebut.
Menurut LKAN 2021 Siri 2 yang dikeluarkan pada Februari lepas, terdapat kelemahan dalam kutipan duti kastam bagi kenderaan import di PBC sekali gus menyebabkan duti kastam berjumlah RM72.32 juta terkurang kutip pada 2021.
Iklan
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, JKDM sedang memperkemaskan prosedur dan peraturan mengenai syarat pemastautin dan pemilikan kenderaan tidak dipatuhi berikutan teguran laporan berkenaan terhadap jumlah terkurang kutip duti kastam itu.
"Semakan mendapati bahawa daripada jumlah RM72.32 juta terkurang kutip itu, sebanyak RM146 824.49 disebabkan oleh pengiraan duti eksais tidak tepat dan telah dipungut semula sebelum audit dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, JKDM mengambil tindakan segera dengan memperkemaskan perkara berkaitan, mengeluarkan syarat bermastautin bagi pemilikan kenderaan yang hendak dibawa keluar dan menstrukturkan semula kadar susut nilai bagi kenderaan.
"Jadi pendaftaran kenderaan yang dibawa masuk ke PBC memerlukan pengikraran borang kastam, salinan kad pengenalan, surat akaun sumpah, surat akaun majikan dan bil utiliti kediaman,” tambahnya. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.