Agong ucap tahniah kepada Kamala Das
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa menzahirkan ucapan tahniah dan selamat kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 pada Isnin.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita buat Kamala kerana dikurniakan kesihatan baik dan umur panjang untuk meraikan hari istimewa buatnya bersama keluarga tersayang, yang juga jatuh pada Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.