Kereta Klasik

Iklan
TUMPUAN... Peminat-peminat kereta klasik tidak melepaskan peluang melihat lebih dekat kenderaan yang pernah popular dan menjadi pilihan di serata dunia sekitar dari tahun 60-an hingga 80-an, iaitu jenis Beetle dan van Combi dari pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen pada acara LowLife VW Malaya edisi kedua baru-baru ini.

Tidak hairanlah sekiranya ia direstorasi, diubahsuai dengan cara yang betul dan ditambah pula dengan aksesori tertentu yang mampu menaikkan imej supaya tampil lebih klasik, retro sehingga nilainya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.