'Kapalnya tak sampai-sampai', Syed Saddiq persoal siasatan kes LCS
Iklan
SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan persoalan berhubung siasatan kapal tempur pesisir (LCS) yang tiada sebarang perkembangan terbaru selain kos keseluruhan projek berkenaan meningkat kepada RM11.2 bilion.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, isu tersebut perlu diperjelaskan kepada rakyat kerana ia melibatkan soal cukai mereka yang telah dibelanjakan bagi tujuan keselamatan negara.
"Berbilion-bilion duit cukai rakyat telah dibelanjakan untuknya. Apa yang lebih menjengkelkan, jumlah asal kapal itu adalah sebanyak enam kini berkurang satu menjadi lima.