Kilang plastik Telok Gong terbakar
Iklan
Kebakaran di sebuah kilang plastik di Telok Gong, di sini awal pagi tadi. (Gambar kecil: Hafisham)
PORT KLANG - Kecekapan pasukan bomba dan penyelamat mengawal kebakaran sebuah kilang plastik di Telok Gong, di sini awal pagi tadi berjaya menyelamatkan beberapa buah kilang terletak bersebelahan daripada turut terbakar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Andalas, Pelabuhan Klang, Kota Anggerik, Sungai Pinang dan Serdang dengan kekuatan 6 pegawai dan 34 anggota tiba di lokasi 13 minit kemudian.
"Kebakaran melibatkan keluasan 100 kaki. Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit daripada merebak ke kilang lain.
Iklan
"Terdapat tiga kilang termasuk satu premis yang mempunyai kenderaan-kenderaan kontena berjaya diselamatkan daripada terlibat kebakaran,”katanya.
Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>