Penggemar durian

Iklan

Keenakan durian dari Balik Pulau yang dikatakan berbeza dengan durian dari tempat lain antara faktor membuatkan penggemarnya sanggup menempuh perjalanan jauh ke Pulau Pinang, semata-mata mahu menikmati kelazatan 'Raja Buah' itu.

Tinjauan di Anjung Indah, Balik Pulau mendapati dataran itu dipenuhi dengan kenderaan untuk menikmati durian pada cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Iklan
Iklan

Setiap kali musim durian, Balik Pulau yang terletak di Daerah Barat Daya George Town akan diserbu oleh penggemar durian dari seluruh negara.