Lapan samseng jalanan ditahan
Iklan
IPOH - Seramai lapan lelaki ditahan polis kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Pasir Puteh berhampiran Station 18 di sini pada Ahad.
Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi itu dijalankan sepasukan 68 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.