Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, nahas 4 kenderaan

Iklan
Keadaan kemalangan membabitkan dua motosikal berkuasa tinggi di Jalan Palong-Pasir Besar pada Sabtu. - Foto PDRM

TAMPIN - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Palong-Pasir Besar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan pada jam 11.30 pagi itu melibatkan sebuah lori muatan ayam, dua motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki dan sebuah Proton X70.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati dua motosikal ditunggang dua lelaki dari arah bertentangan memasuki laluan lori sebelum sebuah daripadanya melanggar lori terbabit.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang berusia 50-an mengalami kecederaan dan meninggal dunia ditempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) manakala mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Tampin bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan