PRN: Muda belum muktamad pembahagian kerusi

Iklan
Shah Fariq Aizal, Wymann Liew

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memaklumkan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih belum dimuktamadkan lagi.

Ketua Penerangan Muda, Wilayah Persekutuan, Shah Fariq Aizal Shah Ghazni berkata, sehingga ke hari ini, tiada lagi perbincangan mengenai pembahagian kerusi yang bakal di pertandingkan di negeri-negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami di Wilayah Persekutuan masih menunggu keputusan yang bakal dibuat mengenai pembahagian kerusi,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada masa sama, Shah Fariq menjelaskan bahawa pihaknya turut menantikan figura yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk bertanding di PRN Selangor.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Muda, Wangsa Maju, Wymann Liew berkata, pihaknya berharap agar banyak kerusi dapat dipertandingkan pada PRN.

"Saya yakin, jika kita mempertandingkan kerusi di kawasan urban (bandar), ada kemungkinan ramai yang menyokong Muda.

Iklan

"Hal ini kerana, Muda merupakan parti yang ada pelbagai kaum dan kami menggunakan data serta polisi untuk memperjuangkan hak yang sepatutnya,” ujarnya.