Tiga remaja maut dirempuh kereta api ketika swafoto

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - INDIA. Tiga remaja terbunuh ketika mengambil swafoto di landasan kereta api di India, menurut jurucakap polis hari ini.

Remaja keempat bagaimanapun berjaya melompat untuk menyelamatkan dirinya sebelum kemalangan di bandar Panipat di Haryana.

Iklan
Iklan

"Mangsa dipercayai terlalu leka mengambil swafoto dan ketiga-tiga remaja tersebut bertindak melompat ke landasan kedua apabila melihat kereta api menuju ke arah mereka tanpa menyedari sebuah lagi kereta api juga menghala ke arah tersebut," kata M S Dabas.

Difahamkan, kumpulan itu menghadiri perkahwinan di Panipat.

Iklan

"Dua daripada mangsa berusia 19 tahun dan remaja ketiga berumur 18 tahun," ujarnya lagi.

Sebelum ini, pakar telah memberi amaran tentang obsesi golongan muda dengan media sosial sehingga sanggup membahayakan nyawa semata-mata mahu mengambil swafoto.

Iklan

Kajian pada tahun lalu oleh penyelidik All Indian Institute of Medical Sciences mendapati 259 orang di seluruh dunia maut kerana mengambil swafoto antara 2011 dan 2017.

Angka tertinggi adalah di Rusia diikuti Amerika Syarikat dan Pakistan.

Pada 2017, tiga pelajar terbunuh ketika swafoto bersama di landasan kereta api di Karnataka manakala seorang lelaki juga maut dipijak gajah ketika cuba mengambil swafoto dengan haiwan itu. - AFP