Polis kesan perakam video insiden kereta guna lorong motosikal

Iklan
Video tular memaparkan sebuah kereta menggunakan lorong motosikal di KM30.1 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur pada Isnin.

PETALING JAYA - Polis giat mengesan individu yang merakam kejadian sebuah kereta menggunakan lorong motosikal di Kilometer 30.1 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur di sini pada Isnin lalu.

Rakaman video berdurasi 58 saat itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas tular di media sosial Facebook, pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan rakaman mendapati kejadian berlaku pada 1.50 petang, Isnin.

"Hasil pemerhatian, insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita meminta perakam insiden itu tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 atau ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya," katanya.

Iklan

Mohamad Fakhrudin berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arah papan tanda jalan bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

"Kita tidak akan berkompromi dan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan melanggar undang-undang," katanya.