Dua lelaki melecur, gudang simpan bahan kimia terbakar
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Dua lelaki melecur dalam kebakaran di sebuah gudang penyimpanan bahan kimia di Taman Teknologi Malaysia, di sini pada Rabu.
Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Wan Azliey Wan Mamat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 4.35 petang.
Iklan
Iklan
"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Wan Azliey berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian pada jam 4.45 petang, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan tempat penyimpanan bahan kimia.
Iklan
"Tindakan pemadaman mengunakan teknik 'attacking and defensive' untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
"Kebakaran tersebut turut melibatkan dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 25 tahun melecur sebanyak 50 peratus.
Iklan
"Mangsa telah diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital," katanya.
Menurutnya, kemusnahan kebakaran sebanyak 70 peratus dan kebakaran dapat dipadamkan pada jam 5.17 petang.
Setakat ini katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat telah bertindak meneutralkan bahan kimia dan keadaan terkawal.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>