Ramalan KJ, isyarat baik buat PN - Ahmad Faizal

Iklan
Ahmad Faizal

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan ramalan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa 50 peratus ahli parti berkenaan akan menyokong gabungan tersebut pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, merupakan isyarat baik buat mereka.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak yakin, tindakan itu berpunca daripada kekecewaan terhadap sikap pimpinan UMNO yang bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Mereka tidak lagi menyokong kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana bersekongkol dengan DAP yang tidak lagi memperjuangkan hak bangsa Melayu.

"Oleh itu, ahli UMNO kini mencari wadah baharu bagi membantu memperjuangkan isu dan nasib orang Melayu. Perkara itu hanya boleh didapati pada PN,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Iklan

Khairy Jamaluddin meramalkan UMNO akan hilang separuh sokongan undi Melayu pada PRN akan datang jika tidak menghapuskan persepsi buruk terhadap DAP yang ‘didoktrin’ sekian lama.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa, kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai ‘undi DAP’ adalah sensitif sehingga mencetuskan kemarahan dan penolakan dalam kalangan ahli parti itu.

Iklan

Bagaimanapun, kenyataannya itu dibidas Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii kerana ia disifatkan sebagai sengaja mengapi-apikan orang ramai selain berniat untuk menghasut demi mencari populariti.

Mohd Razlan menyatakan sama ada betul atau tidak ramalan itu, ia perlu dilihat semasa PRN nanti.

Beliau juga turut membangkitkan persoalan tentang dari mana Khairy Jamaluddin mendapatkan angka bagi membuat ramalan tersebut.