Gelongsor angin terbang, 13 kanak-kanak cedera

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ULAN BATOR - Seramai 13 kanak-kanak dilaporkan cedera selepas gelongsor angin diterbangkan angin kencang dalam satu kejadian di barat Mongolia, lapor Xinhua memetik Agensi Polis Negara pada Isnin.

Insiden itu berlaku di Ulgii soum, di wilayah Bayan-Ulgii pada Sabtu, menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Dua daripada kanak-kanak yang cedera masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan. - Bernama-Xinhu