[VIDEO] Lelaki didenda RM3,000 cedera bekas kekasih

Iklan
Kee Hean (dua,kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana mencederakan bekas kekasihnya.

MELAKA - Gara-gara mencederakan bekas kekasih dengan cara menumbuk muka serta merosak telefon bimbit menyebabkan seorang duda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J Banusha memohon hukuman setimpal berdasarkan kecederaan dan kerugian RM240 dialami mangsa.

Bagaimanapun tertuduh diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan kerana tertuduh sudah insaf atas kesalahan yang dilakukan terhadap mangsa.

Iklan

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar bagi pertuduhan pertama dan denda RM2,000 atau 12 bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Iklan