Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Iklan
KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat menjadi RM46.61 bilion daripada RM42.17 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan kepada RM20.99 bilion daripada RM26.83 bilion sebelumnya.