Nabil Ahmad kongsi nama anak ketiga

Iklan
Pengacara, Nabil Ahmad

PELAKON dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, tampil berkongsi nama anak ketiganya dalam program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, malam tadi.

Menurut Nabil, 34, isterinya, Nazirah Ayub, selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 24 April menerusi proses pembedahan itu telah menamakan anak mereka Mishall Imani.

Iklan
Iklan

"Saya nak umumkan nama anak ketiga kami ialah Mishall Imani... Alhamdulillah,” kata Nabil.