PM solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun

Iklan
Anwar (lima dari kanan) aminkan doa selepas tunaikan solat Jumaat di Masjid An-Naim Kampung Jalan Kebun hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid An Naim, Kampung Jalan Kebun di sini.

Ketibaan beliau kira-kira 1 tengah hari disambut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta jemaah yang lain.

Iklan
Iklan

Solat Jumaat dipimpin oleh Imam Mohd Hafiz Hussain yang menyampaikan khutbah bertajuk, 'Kesucian Kalimah ALLAH yang Maha Agung' kepada kira-kira 3,000 jemaah yang hadir.

Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir serta makan tengah hari di masjid tersebut. - Bernama

Iklan
Iklan