Sterling terlepas aksi Euro 2024

Iklan
Southgate (kiri) percaya Sterling akan pulih daripada kecederaan hamstring. - Foto Agensi

PEMAIN sensasi, Raheem Sterling akan diterus dibantu untuk pulih daripada mimpi ngeri musim ini selepas tidak disenaraikan dalam skuad terbaru England.

Jurulatih England, Gareth Southgate ada bercakap dengan Sterling yang bergelut dengan masalah hamstring dan mengakui dia tidak mencapai prestasi terbaiknya.

Iklan
Iklan

Walaupun tidak disenaraikan Southgate menjangkakan pemain berusia 28 tahun itu akan kembali menemui semula sentuhan terbaiknya.

"Saya akan sentiasa menyokongnya untuk segera pulih dan mempunyai daya tahan serta kecekalan untuk membuktikan kemampuan dirinya,” katanya.

Iklan

Penyerang Chelsea itu bakal terlepas aksi kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara bulan depan.

"Sterling memberitahu bahawa dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku tetapi itu hanyalah sementara.

Iklan

Sterling bergelut dengan prestasi dan kecergasan sejak perpindahan 47.5 juta pound (RM270.59 juta) dari Manchester City musim panas lalu.

Dia hanya menjaringkan sembilan gol dari 37 penampilan dalam musim hura-hara Chelsea yang menyaksikan Thomas Tuchel dan Graham Potter dengan Frank Lampard sebagai pengurus sementara sejak April.