Sanusi perlu belajar muhasabah diri - Faiz Fadzil
Iklan
Faiz Fadzil
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa negeri yang dipimpin Pas itu 'diarahkan' menjadi miskin.
Sebaliknya beliau berkata, dakwaan itu sebenarnya cubaan untuk menutup kelemahan kepimpinan Pas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
"Kenyataan Sanusi seolah-olah menyalahkan industri penanaman padi atas kemiskinan Kedah ibarat menyalahkan para pesawah atas kemunduran negeri itu yang berpunca daripada kegagalan pentadbiran Pas sendiri.
"Hakikatnya, kerajaan Pas Kedah tidak memainkan peranan secukupnya untuk membangunkan industri tempatan dan menarik masuk pelaburan antarabangsa yang berkualiti.
Iklan
Muhammad Sanusi baru-baru ini dilaporkan berkata, pentadbiran Kedah sama ada yang sekarang atau sebelum ini tertakluk kepada dasar persekutuan dalam hal penggunaan tanah dan itu membawa kepada kadar kemiskinan yang tinggi di negeri terbabit.
Mengulas lanjut Faiz berkata, Pas harus belajar untuk bertanggungjawab ke atas kemiskinan dan kemunduran negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Iklan
Ini kerana katanya, kemunduran berlaku itu memaksa anak-anak muda merantau ke negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih baik.
"Justeru, rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu menilai betul-betul parti manakah yang harus dipilih bagi mentadbir di peringkat negeri.
"Kesejahteraan hidup rakyat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Satu undi untuk Pas dan Perikatan Nasional (PN) adalah satu undi untuk anti-kemajuan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>