Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS apabila nilai dolar AS kekal kukuh. - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS apabila nilai dolar AS kekal kukuh, didorong oleh lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi perbincangan siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.5790/5820 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.5700/5750.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, siling hutang kerajaan AS terus menjadi perhatian kerana ahli politik masih belum mencapai persetujuan untuk menaikkan had hutang, yang mana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kemungkiran dalam obligasi hutang.
"Pada 129 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, hutang kerajaan AS adalah besar dan oleh itu sebarang kemungkiran boleh menjejaskan seluruh pasaran global.
Iklan
"Namun begitu, dolar AS masih disifatkan sebagai mata wang selamat dan pada masa ketidaktentuan, peserta pasaran akan cenderung untuk mendapatkan perlindungan dengan memegang lebih banyak dolar,” katanya kepada Bernama.
Beliau turut menyatakan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi 103.488 mata.
Iklan
Oleh itu, ringgit diunjurkan kekal lemah, pada 4.5725 berbanding dolar AS dengan paras rintangan pada RM4.6257, tambah beliau.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6894/6931 daripada 5.6577/6639 pada Selasa, turun berbanding euro kepada 4.9325/9357 daripada 4.9251/9305 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.3059/3083 daripada 3.3006/3044 semalam.
Berbanding mata wang Asean lain, ringgit turut diniagakan rendah.
Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia pada 307.7/308.1 daripada 307.1/307.7 pada penutup Selasa dan merosot nilai kepada 3.3994/4021 daripada 3.3920/3962 berbanding dolar Singapura semalam.
Mata wang tempatan turun sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 berbanding 8.20/8.21 daripada penutup Selasa dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2341/2481 daripada 13.1712/1920 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>