KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat memproses emas didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, pada Isnin kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.