Selepas 9 Mei, hari-hari orang cakap pasal politik: Mohamad Anif

Iklan
Mohamad Anif

SHAH ALAM - Perubahan paling ketara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah semua orang baik di bandar mahupun kampung berminat untuk berbicara isu politik.

Aktivis Malaya, Mohamad Anif Azami berkata, golongan muda juga dilihat semakin cakna dengan situasi politik dalam negara selepas 9 Mei 2018.

Panelis dan moderator pada program #cakaplah.

Iklan
Iklan

"Ini perkembangan positif. Kita boleh katakan akta demokrasi di negara kita berlaku secara nyata, pertukaran berlaku secara damai. Rakyat kini semakin peduli dengan politik.

"Itu menjadi cabaran besar buat kerajaan. Disebabkan itu, tindakan kerajaan sering diperhatikan rakyat, itu cabaran buat mereka.

Iklan

"Kerajaan tak boleh buat dasar dan kenyataan merugikan kerana rakyat sudah cakna. Kerajaan tak boleh senang-senang menipu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar ke-107 bertajuk Menjelang 365 Hari Malaysia Baru: Apa Kata Anak Muda di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

Iklan

Selain Mohamad Anif, panelis lain yang turut sama melontarkan pandangan adalah Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia; Mohamad Nazri Abdul Latiff, Ketua Srikandi Bersatu Cheras, Sharifah Azuani Sayed Mohd Ali dan Ahli Jawatankuasa Muslimat Legal Team Muna'Adila Che Rime.

#Cakaplah dikendalikan moderator Ahmad Fedhri Yahya