Tekanan angin rendah punca gangguan MRT Laluan Kajang
Iklan
Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan dialami penumpang. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dua gangguan teknikal dialami perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang pada Jumaat berpunca daripada tekanan angin rendah yang menyebabkan tren berhenti dan sistem brek kecemasan diaktifkan secara automatik.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan gangguan pertama melibatkan masalah teknikal di Stesen MRT Pasar Seni bermula pada 5.24 petang.
Iklan
Iklan
"Pasukan kejuruteraan Rapid Rail berjaya menggerakkan tren tersebut pada 6.49 petang dan kekerapan perkhidmatan tren telah diselaraskan secara berperingkat pada 7.10 malam," katanya.
Rapid Rail berkata, 10 bas perantara percuma disediakan antara Stesen MRT Muzium Negara dan Stesen MRT Maluri serta mengaktifkan pelan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan penumpang yang terkesan.
Iklan
Mengenai gangguan teknikal di Stesen Batu 11 Cheras menghala ke Kwasa Damansara pada 7.23 malam, ia berkata, pasukan kejuruteraan berjaya menggerakkan tren pada 8.04 malam serta kekerapan perkhidmatan tren diselaraskan secara berperingkat pada 8.10 malam.
"Kakitangan operasi dan Polis Bantuan ditempatkan di stesen bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas serta pengumuman dibuat menerusi media sosial Rapid KL, di semua stesen dan di dalam tren MRT untuk makluman penumpang," katanya.
Iklan
Rapid Rail memaklum pihak operasi telah melanjutkan perkhidmatan waktu puncak dengan kekerapan tren setiap enam minit sehingga 8.30 malam dan memohon maaf di atas kesulitan dialami penumpang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke"><meta itemprop="description" content="Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-06T10:01:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbu6th6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbu6th6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbu6th6"></script>