Tuduhan palsu RTB, Nik Nazmi buat laporan polis
Iklan
KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Jumaat membuat laporan polis berkenaan tuduhan palsu, kebocoran maklumat sulit kerajaan dan fitnah, berkaitan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Dalam satu kenyataan malam ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan dibuat atas beberapa akaun Facebook, TikTok dan Telegram, yang menurutnya membuat fitnah terhadap dirinya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung projek berkenaan.