Tiga keldai akaun ditahan di Pulau Pinang
Iklan
BALIK PULAU - Polis menahan tiga lelaki dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa mereka kerugian RM31,452 dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang, Rabu lepas.
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan, lelaki pertama berusia 24 tahun disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket tawaran kerja dalam talian tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.