TPM umum peruntukan RM10,000 kepada MPP UiTM

Iklan
Ahamad Zahid (dua dari kiri) menyampaikan pengiktirafan khas kepada salah seorang penerima pada Majlis Riang Raya MPP UiTM di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam di sini pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada semua Majlis Perwakilan Pelajaran (MPP) di seluruh kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negara ini.

Ahmad Zahid berkata, peruntukan awal itu sebahagian daripada sumbangan peringkat pertama kepada MPP untuk menjalankan pelbagai aktiviti kepada penuntut universiti.

Iklan
Iklan

"Gunakan wang ini berinteraksi dengan rakan siswa dan siswi masing-masing dan aktiviti sangat berfaedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Riang Raya MPP UiTM di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam di sini pada Khamis.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, wang peruntukan itu juga boleh digunakan untuk membantu penuntut kurang berkemampuan.

Tambah beliau, sekiranya peruntukan itu digunakan dengan sebaik-baiknya beliau akan terus membantu MPP bagi melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat

Iklan

"Insya-ALLAH, jika aktiviti berjalan baik, tak perlu jemput saya datang ke UiTM, saya sendiri akan datang untuk menambah peruntukan," katanya.

UiTM sebuah universiti komprehensif terbesar di negara ini yang menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur serta teknologi terkini merangkumi 34 kampus, empat kolej pengajian, 13 fakulti dan sembilan pusat akademik di seluruh negara.