LIMA'23: KPDN pantau harga barangan, perkhidmatan di 3 lokasi
Iklan
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun direkodkan sebagai pelancong pertama dijangkiti Covid-19 di bawah projek rintis gelembung pelancongan Langkawi.
ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti tiga kawasan bagi pemantauan harga barangan serta perkhidmatan sepanjang penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pemantauan menerusi ‘Op 516’ dilakukan di premis perniagaan di sekitar Pantai Chenang, Kuah dan Padang Matsirat bermula semalam sehingga pameran itu berakhir 27 Mei ini.
Iklan
Iklan
"Kita gerakkan 40 pegawai yang dipecahkan kepada enam pasukan bertugas mengikut jadual. Operasi ini merangkumi bekalan, perniagaan, hotel, timbang sukat dan perkhidmatan... mereka (pegawai KPDN) akan duduk di Langkawi untuk periksa bekalan dan penjualan.
"Tiga kawasan ini kita letakkan sepanjang masa pegawai kita, mereka tak pakai pakaian seragam dan berada di semua tempat macam orang biasa,” katanya ketika ditemui di Majlis Jamuan Raya KPDN Kedah di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau sehubungan itu, mengingatkan peniaga dan pengusaha perkhidmatan supaya tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya bagi memastikan keselesaan pengunjung di pulau peranginan itu semasa pameran berprestij itu berlangsung.
Menurut Affendi, tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang ingkar termasuk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Iklan
"Akta berbeza-beza ikut kesalahan, tapi semuanya memberi kesan yang tidak baik kepada peniaga dan pengusaha yang mengambil kesempatan sepanjang LIMA’23 berlangsung,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>